click for the latest & hippiest gadget in town!

Wednesday, November 09, 2005

Lalalala... Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kehadapan sahabat-sahabatku yang disayangi,

Di sepanjang perkenalan ini
Di sepanjang perjalanan hidup ini
Terlalu banyak yang kita lalui
Banyak onar dan duri kita tempuhi

Namun di dalam kita pengembaraan ini
Aku mengerti...
Ada kata yang telah ku nodai
Ada hati yang telah aku sakiti
Tidak ku tahu jika aku mengundang benci

Kupohon ampun dan maaf dari sudut hati yang terpencil
Sekiranya ada perasaan yang telah kuguris
Ada perbuatan diri yang dikasari

Wahai sahabat-sahabatku yang kukasihi
Dari hati yang suci
Kususun sepuluh jari
Agar dosa diampuni
Agar kemaafan diberi
Di hari dan bulan yang mulia ini

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR & BATIN





*gile aku leh buat kad raya camnih wahhahaha
Mungkin aku patut consider buat poem BM lak lepas ni hekss doink!

No comments: