Hidup ini penuh dengan crap
Pagi ini saya bangun tido dengan takde mood utk pergi keje.
Hari ini bukan Monday so bukan la monday blues kan?
Hari ini Tuesday tapi mana ada tueday blues kan?
Tapi saya sungguh rasa blues hari ini.
So saya fikir saya kena betulkan mood saya hari ini.
Saya bangun sangat pagi hari ini dan saya pilih untuk pakai baju yang sangat cantik sekali.
Saya pakai baju kebaya nyonya warna hijau daun pisang berkerawang bunga ros kaler pink, dipadankan dengan pants warna off-white.
Ramai orang di ofis puji saya kerana saya kelihatan begitu cantik hari ini.
Macam tak percaya je ada orang cakap "You look gorgeous today." Bukan tak pernah orang puji saya, tapi kakak yang puji saya itu amat garang. Dia suka marah orang... jarang puji orang. So patut la kan saya bangga? Ada pulak tiba-tiba orang cakap kasut saya cantik. hampir tiap-tiap hari saya pakai kasut tu, tapi arini je ke kasut tu nampak cantik? Tapi tak kisah la kan. Mungkin dia tak sampai hati nak cakap saya yang cantik hari ni (huhuu jahatnyer!!)
Tapi saya tetap emo hari ini.
Orang kata pakaian boleh mempengaruhi mood seseorang.
Orang kata compliments pon boleh menceriakan hari seseorang.
Tapi kenapa saya tetap takde mood harini?
Tipu la sape yang cakap camtu...
Pastu saya chat dengan kawan saya. Nama dia kyra. Dia dekat langkawi sekarang. Dia cakap dia nak bagi saya coklat banyak-banyak.
Yeayyy yeayyyyyyyyy!! Hepinyer saya.
Sayangggggg Kyra, dia tau camne nak hepikan saya.
Nasib baik dia pompuan dan saya bukan lesbian. Kalau tak lama dah saya cium-cium dia banyak-banyak kali sampai dia rimas, macam saya cium Adam Iman.
Tapi kegembiraan itu hanya seketika cuma... pasal tak sampai setengah jam lepas tu, saya dapat bad news lain pulak. Potong gile...
Sedih balik :(
No comments:
Post a Comment